Skip to main content

Resepi ICE MILK GREEN TEA | Mudah dan Sedap!

Musim panas sekarang ni kalau pekena ICE MILK GREEN TEA atau ICE COFFEE petang-petang memang enak sekali. Basah tekak terasa nikmatnya. Haha, kat mana pulak nak cari? Sekarang ni dah banyak tempat dah nak beli minuman-minuman gini. Minuman Hipster kiranya. RASTA COFFEE, PIRATE COFFEE, COFFEE NGENCESS dan lain-lain lagi. Tak perlu ke STARBUCKS, COFFEE BEAN dah. Mahal sangat, tapi tu la ikut tekak masing-masing. Apapun, aku bukan nak cerita pasal lokasi atau gerai-gerai yang menjual minuman ni tapi aku nak share sikit resepi macam mana nak buat ICE MILK GREEN TEA versi aku. 
Green Tea Chatramue Brand - Product Thailand 
Serbuk teh ni kawan aku order dari Siam. Yang ni kalau tak jumpa di Malaysia maka kena order la dari Siam. Takpun try beli online kot-kot ada. Kalau serbut teh lain aku tak sure pulak warna sehijau yang ni. So jom tengok bahan-bahannya. Mudah dan simple. 

Recepi ICE MILK GREEN TEA
1. Serbuk Teh Hijau (Chatramue Brand)
2. Susu Sejat (krimer cair)
3. Susu Pekat Manis
4. Gula
5. Ais batu

Cara-cara menyediakan ICE MILK GREEN TEA untuk minum (1) sorang. 
1. Masukkan serbuk teh hijau (setengah sudu cukup) ke dalam gelas plastik (kalau ada). 

2. Tuang air panas setengah gelas dan kacaukan.

3. Kemudian tapiskan. 
   Ambil air yang telah ditapis tadi tambah lagi air panas sehingga 180ml. 

4. Masukkan gula 2 sudu besar, kacaukan

5. Masukkan 2 sudu susu pekat dan kacau lagi.. 

6. Kemudian asingkan ke dalam bekas yang lebih besar dari gelas tadi haha. Tak tukar pun takpe kalau gelas tadi dah besar. 

7. Masukkan ais batu. Pastikan ais batu dipecah kecik-kecik. Kalau beli ais cube tu pecah-pecahkan. Masukkan ais batu sampai penuh. 

8. Last sekali tuang susu sejat (krimer) kat atas sekali. Yang ni aku takde sukatan. Ikut suka. Jangan banyak sangat kang hilang green tea nanti. Maka dengan itu SIAP lah.... 
ICE MILK GREEN TEA 
Mudah je kan. Haha rasa pun lebih kurang je, kalau nak minum shake-shake la bekas tu. Perghh menawan kalbu. Kalau sedap share la kengkawan. Lepas ni tak perlu dah beli dah. Buat sendiri je. Selamat mencuba.. 

Popular posts from this blog

Cara Buat Air Teh Hijau Thailand Yang Sedap Cara Buat Air Teh Hijau Thailand Yang Sedap.  Bagaimana untuk menyediakan air teh Thailand atau Green Tea yang mudah dan sedap hingga menusuk kalbu? Ikuti rahsia buat air teh hijau orang Thailand. Resepi Air Teh Hijau Thai Air Green Thailand Resepi Dan Cara Buat 1. Sesudu besar serbuk teh hijau thailand 2. Dua sudu besar gula 3. Tiga sudu besar susu pekat manis 4. Dua ratus lima puluh mililiter air 5.  Rendamkan serbuk teh menggunakan air panas tempoh masa tiga minit. ( Jangan rendam lama           sangat, nanti pahit ) 6. Kemudian, tapisnya. 7. Masukkan gula serta susu. ( kalau nak sejuk tambah ais )  8. Akhir sekali jika nak lagi sedap, tambah susu cair bagi melemakkan lagi air yang sudah sedia lemak manis. Itulah sahaja sedikit tips bagi menyediakan air  tea  hijau thailand. Selamat mencuba. Terima kasih.
TEH HIJAU, KHASIAT DAN TIPS PENYEDIAAN MINUMAN Assalamualaikum Bismillahirrahmanirrahim Allahumma sholli ala saidina muhammad Insyallah, kita cuba ambik tahu tentang teh hijau. Kebaikan Khasiat Teh Hijau (Green Tea) Kepada Kita Kami yakin bahawa 99% mereka yang order atau minum green tea ini sedar akan kebaikan dan khasiat green tea kepada kesihatan mereka. Lagi satu, kebanyakan mereka ini adalah terdiri daripada golongan perempuan. Kenapa? Sudah pastilah sebab ingin jaga kesihatan dan juga menguruskan badan mereka dengan teh hijau. Apa kebaikan khasiat teh hijau atau green tea kepada kesihatan kita? Ini antara khasiatnya : ®Membantu Kuruskan Badan Serta ®Mengempiskan Perut ®Membantu Menurunkan Tekanan Darah Tinggi ®Mempercepatkan proses metabolisme ®Membakar lemak dalam badan ®Mengurangkan paras kolestrol dalam badan ®Kulit lembut dan sihat ®Membasmi Kuman dan Bakteria dalam Badan ®Agen Anti-penuaan dan awet muda ®Kesihatan Buah Pinggang ®Mengatasi Stres